Thursday, April 30, 2009

DILEMA HUDUD


1. Seperti yang saya nukilkan dalam posting yang lalu, undang-undang terpakai (lex loci) di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah undang-undang Islam.

2. Selepas kedatangan Inggeris, undang-undang Islam telah digantikan dengan undang-undang Inggeris termasuklah dalam perkara jenayah. Hudud telah digantikan dengan Kanun Keseksaan (penal code).

3. Ahkir-akhir ini melalui sistem demokrasi, puak-puak parti Islam (PAS) yang telah memperolehi kuasa di Kelantan dan Terengganu telah memperkenalkan semula undang-undang Hudud di kedua negeri majoriti orang Melayu/Islam.

4. Cabaran terhadap kuasa legislatif dalam meggubal undang-undang jenayah Islam telah diinisiatifkan oleh seorang peguam dengan menfailkan satu prosiding di mahkamah.

5. Setakat ini kes-kes tersebut, setakat pengetahuan saya, belum lagi diputuskan.

7. Isu perlaksanaan Hudud adalah satu isu yang sensitif. Bahkan pelopor perlaksanaan Hudud diseantero dunia mengadaikan nyawa mereka untuk melihat undang-undang yang dikatakan berasas hukum samawi ini terlaksana.

8. Penulis Fi Zilal Li Qur'an iaitu Syed Qutb dan Tasyri' Jinai al-Islami iaitu Abdul Qadir Audah, kedua-duanya mati di tali gantung.

9. Walaupun pelopor perlaksanaan hudud di Malaysia tidak digantuung tetapi hudud itu tersendiri digantung di mahkamah dengan prosiding yang telah difailkan oleh peguam terkenal.

10. Hudud juga dari segi substantifnya di debat. Terutamanya tentang 'hukuman' (sentence) yang pada pendapat criminologist dan orang awam di jalanan sebagai terlampau keras. Contohnya penzina, direjam sampai mati dan pencuri dipotong tangan.

11. Dari segi tatacara pembuktian hudud dipersoalkan. Adakah saksi 4 orang yang adil relevan dengan zaman sekarang.

12. Begitu juga dengan qarinah (circumstantial evidence) yang perkembagan hukum tatacara ini telah berubah dengan penemuan-penemuan sain yang menunjukkan DNA satu wasilah dalam pembuktian jenayah.

13. Buku-buku jenayah Islam semasa agak lembab dalam memberi respon tentang penemuan-penemuan sain terkini.

14. Jikalah, hujah bahawa Islam adalah agama yang compatible dalam setiap masa dan tempat.

15. Bukan itu sahaja perlaksanaan hudud menimbulkan debat tentang adakah hak untuk mendakwa itu atas kerajaan atau ke atas pengadu atau si mangsa?

16. Perlaksanaanya di Malaysia mengundang interpretasi bahawa undang-undang sekular menghalang perlaksanaan hudud.

17. Walaupun pakar-pakar undang-undang menjumpai adanya ruang-ruang yang memberi sinar perlaksanaan hudud di Malaysia boleh menembus dan menyentuh masyarakat Malaysia.

18. Antara dilema lain dalam perlaksanan hudud ialah sumber tenaga manusia dalam perlaksanaanya.

19. Saya sendiri tidak mempunyai lesen peguam syarie. Bahkah penasihat undang-undnag sebuah parti yang berhasrat untuk melaksanakan hukum pidana Islam ini juga setahu saya tidak ada lesen sebagai peguam syarie.

20. Manakala dalam puluhan institusi yang melahirkan sumber manusia sebagai peguam terlatih hanyalah UIAM sahaja yang mempunyai konsep perbandingan undang-undang Islam dan Barat.

21. Saya melihat dilema perlaksanaan hudud ini tidak mempunyai garis penamat yang jelas bilakah ianya akan terlaksana.

22. Jikalah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dan Istana Kehakiman berjayakah parti teras Islam dalam Pakatan Rakyat mempengaruhi sekutu-sekutu mereka untuk sebuah perlaksanaan hudud?

No comments:

Post a Comment