Thursday, April 16, 2009

INSTITUSI RAKYAT

1. Rakyat adalah satu kumpulan warganegara yang besar tetapi lemah. Ia menjadi kuat apabila rakyat itu bersatu atau disatukan di bawah institusi; Institusi Rakyat.

2. Saya melihat rakyat itu boleh disatukan di bawah satu institusi.

3. Institusi Rakyat adalah gabungan antara dua perkataan "Institusi" dan "Rakyat".
"Kebanyakannya revolusi atau evolusi untuk mengembleng rakyat di bawah satu institusi akhirnya mengarah kepada mengasingkan rakyat daripada mereka yang mengusahakan pengemblengan tersebut apabila matlamat mereka telah tercapai."

4. Menurut Kamus Dewan Online, "Institusi" bermaksud "sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll". Manakala "Rakyat" 1 seluruh penduduk sesebuah negara. 2 orang kebanyakan; orang biasa."

5. Di antara pendekatan untuk menginstitusikan rakyat adalah dengan mengembleng "ketuanan rakyat".

6. Usaha ini dilakukan oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat; Dato' Seri Anwar Ibrahim.

7. Kita dapat melihat apabila rakyat menyedari kuasa mereka yang jika digemblengkan menghasilkan gelombang yang boleh melanda institusi-institusi elit, sehingga institusi-institusi elit tersebut boleh runtuh dan distrukturkan semula oleh Institusi Rakyat.

8. Ia boleh juga dilakukan secara revolusi.

9. Revolusi ini pernah menlenyapkan institusi-institusi elit yang memperhambakan Institusi Rakyat.

10. Sebenarnya institusi-institusi elit selain dari Institusi Rakyat adalah juga rakyat.

11. Tetapi oleh kerana faktor tertentu mereka berjuang mengelitkan institusi-institusi tersebut sehingga terasing dari Institusi Rakyat bahkan 'memperhambakan' rakyat.

12. Kebanyakannya revolusi atau evolusi untuk mengembleng rakyat di bawah satu institusi akhirnya mengarah kepada mengasingkan rakyat daripada mereka yang mengusahakan pengemblengan tersebut apabila matlamat mereka telah tercapai.

13. Akhirnya perjuangan untuk menginstitusikan rakyat dan membela rakyat menjadi slogan untuk revolusi dan evolusi bagi memperjuangkan kepentingan pihak-pihak tertentu semata-mata.


(Saya telah menyemak dalam Google, selepas menulis posting di atas, ada satu posting terawal yang menggunakan istilah Institusi Rakyat iaitu Abim Online dengan tajuk Kongress Permuafakatan Melayu : ABIM Saran Perkukuh Institusi Rakyat. Ia adalah kebetulan dan bukan menciplak dari sesiapa. Walaupun begitu saya berpendapat orang yang terawal, siapapun dia, menjumpai dan menggunakan pengistilahan ini harus diberi kredit)

No comments:

Post a Comment