Saturday, April 18, 2009

Pemerintahan Mahkamah: Menjawab Isu Kuasa Mahkamah Dalam Memutus Krisis Perak

1. Banyak kritikan terhadap Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia terutamanya dalam isu mereka (hakim-hakim Mahkamah Persekutuan) dalam memutus isu krisis di Perak terutamanya had dan batas kuasa ketua legislatif; Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Saya bukanlah orang mahkamah yang harus mempertahankan mereka. Tetapi saya adalah "pegawai mahkamah" (officer of the court) kerana sebagai peguam itulah maksud kerjaya saya.

3. Situasi di Perak adalah situasi yang sebenarnya dalam keadaan darurat, walaupun tiada pengisytiharan darurat kerana Perak sekarang ini menjadi "a failed state". Kuasa pemerintahan rakyat telah gagal di Perak.

4. Pemerintahan yang telah dibina oleh Pakatan Rakyat telah telah runtuh oleh edisi lelompat oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

5. Pemerintahan telah bertukar tangan kepada BN-Umno. Walaupun legitimasi pemerintahan ini dicabar dan diragui oleh Pakatan Rakyat maka kita boleh ibaratkan terbaik untuk pemerintahan BN-Umno ini adalah Kerajaan Mageran cuma sahaja tiada pengisytiharan secara rasmi.

6. Dengan mengatakan pemerintahan rakyat di Perak telah gagal maka suatu pemerintahan lain harus mengambil-alih dalam menstrukturkan semula situasi politik di Perak. Jika di negara-negara lain apabila situasi darurat diisytiharkan maka yang mengambil alih adalah kuasa tentera antaranya.

7. Di Perak, bukanlah tentera mengambil-alih. Hanya Kerajaan yang mendapat pada pendapat Istana Bukit Chandan mempunyai keyakinan ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Ini pun kalau saingan BN-Umno tidak mengakui legitimasinya maka ianya kerajaan sementara 'interim government' yang situasi daruratnya harus ditadbir.

8. Di sebalik tentera mengambil alih situasi darurat atau kerajaan sementara mentadbir Perak, maka di sana ada suatu pemerintahan yang cuba meperbetulkan situasi di Perak.

9. Pemerintahan itu adalah dinamakan Pemerintahan Mahkamah atau The Governance of the Court.

10. Walaupun apa kritik terhadap Mahkamah, saya melihat ada kewajaran Pemerintahan Mahkamah menghulurkan tangannya dalam memperbetul situasi di Perak bagi mengelak negeri ini berterusan dalam keadaan gagal.

3 comments:

  1. Rohan,
    Kenapa masuk ke rumah melalui tingkap sedangkan pintu telah disediakan?

    Kenapa memusingkan tangan ke belakang untuk memasukkan makan ke mulut, sedangkan mulut berada dibahagian hadapan?

    Perkara yang boleh dibuat tetapi orang lain menonton dengan hairan.

    ReplyDelete
  2. Susah. Susah nak jawab Abang Rahim.

    Ini saja yang saya boleh berkata. Mungkin pintu besar berkunci dna tiada kunci untuk membukanya. Sebab itu masuk melalui tingkap. Kedua, orang itu juga mungkin 'cacat' atau tak sempurna.Sebab itu kena pusing tangan.

    Maksud saya situasi di Perak sangat kritikal. Kena ubat dengan satu preskripsi yang luar biasa.Jika tidak bersediakah kita menerima pemerintahan tentera?

    Boleh terima penjelasan saya abang Rahim?

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah tuan,

    Perbincangan yang kritis dan menarik berkaitan Perak. Istilah Court Governance adalah sesuatu yang menarik juga barangkali.

    Saya linkkan blog tuan ke blog saya. :)

    ReplyDelete